Sebelum TUKAR MILIK, anda perlu menjalani Pemeriksaan di PUSPAKOM.
Akta Pengangkutan Jalan 1987 juga mewajibkan semua kenderaan persendirian menjalani Pemeriksaan Pindahan Hak Milik di PUSPAKOM sebelum menukar hak milik kenderaan.
Pemeriksaan ini membantu melindungi pemilik kenderaan baharu daripada membeli atau memiliki kenderaan yang menyalahi undang-undang, seperti kenderaan potong dan sambung.
Adakah anda tahu apa prosedurnya?
Prosedurnya seperti berikut:
●
Semakan Identiti – Mengesahkan keaslian kenderaan seperti Nombor Pendaftaran, casis dan nombor enjin
●
Ujian brek – Memeriksa kecekapan brek
●
Pelepasan asap – Mengukur gas/ asap yang dikeluarkan daripada enjin kenderaan agar ia tidak melebihi tahap yang dibenarkan
●
Cermin gelap – Mengukur kadar ketelusan cahaya cermin kenderaan
●
Ujian gelinciran sisi – Menguji penjajaran tayar dan keberkesanan pengendalian semasa penjajaran sisi
●
Pemeriksaan bahagian atas kenderaan – Memeriksa bahagian atas badan kenderaan untuk sebarang kecacatan
●
Pemeriksaan bahagian bawah kenderaan – Memeriksa bahagian bawah kenderaan untuk menyaring sebarang kemungkinan kecacatan
●
Ujian Lampu Depan – Menilai keadaan pancaran cahaya kenderaan
●
Ujian Suspensi – Menguji sistem suspensi kenderaan
●
Meter laju – Memeriksa ketepatan meter kelajuan berbanding kelajuan pada roda
Pemeriksaan Puspakom untuk pertukaran hak milik akan dikenakan caj sebanyak RM35.
Dokumen yang perlu dibawa:
👉Geran / Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC)
*************************************
Untuk maklumat lanjut / sebarang pertanyaan, sila hubungi kami
📱Whatapps:
012-4089393 GET FREE QUOTE
🏛Pejabat HQ
No 5, Taman Seri Belida, Jalan Suka Menanti, 05150 Alor Setar Kedah
🏛Pejabat Alor Setar
No 82, Kedai Perumahaan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah
☏Telephone :
04-7309393🏛Pejabat Sungai Petani
No 143, Taman Ria Jaya, Jln Kelab Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani Kedah. (sebaris dgn Maybank Tmn Ria Jaya)
☏Telephone :
04-4422393🖥️Website:
www.tkthank.com.my